Dalam penulisan karangan fakta, murid perlu menggunakan susunan bahasa yang menarik. Karangan yang menyelitkan penggunaan bahasa yang indah seperti peribahasa, ungkapan dan kata-kata hikmat dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian dapat mempengaruhi markah bahasa sesebuah karangan. Berikut merupakan contoh bahasa indah yang boleh dimasukkan:
Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri
Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
Frasa untuk Pendahuluan
- Sejak akhir-akhir ini....telah menjadi......yang mendapat perhatian ramai
- Dalam menempuh pawana globalisasi yang penuh dengan kokurensi sengit ini
- Dalam alaf baru yang seba canggih dan moden ini
- Isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan meniti dari bibir ke bibir.
- Isu ini sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak sama ada di warung-warung kopi atau di peringkat persidangan parlimen.
- Isu yang semakin bermaharajalela ini tidak seharusnya dipandang enteng.
Frasa untuk Langkah / Cara Menangani
- Persoalannya, apakah langkah drastik yang perlu diambil untuk mengatasi komplikasi ini?
- Jawapan pertama, pastinya peranan yang yang dimainkan oleh ........( Cth. Pihak kerajaan – Sebagai kemudi negara, badan berwajib seharusnya bertindak tegas..)
- Antara langkah lain yang boleh diambil ialah….
- Langkah-langkah tersebut akan lebih berkesan sekiranya disokong oleh tulang belakang negara iaitu rakyat sendiri.
- Oleh sebab masalah ini semakin serius, pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi perhatian yang khusus agar tidak berlarutan
- turut memainkan peranan penting selain...
- Jadi, sejajar dengan …
- Dalam menangani fenomena……
- Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya
Frasa untuk Ayat Penegas
- Hakikatnya,
- Ironinya,
- Izhar
- Tuntasnya
- Pendek kata
- Nyatalah bahawa, tindakan drastik daripada…..mampu menamatkan konflik yang menghantui
Frasa untuk Bahagian Penutup
- Konklusinya…merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kita sepatutnya berkerjasama untuk……dan mengemudi negara kita ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang di persada dunia bak kata pepatah. ‘bersatu teguh bercerai roboh’
- Kesimpulannya, pemangkin kepada kejayaan.....adalah hasil kerjasama dan usaha gigih daripada
- Kesimpulannya, marilah kita renungi beberapa peribahasa Melayu yang menggalakkan kita untuk bersatu padu. Antaranya termasuklah “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”,”hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”...