Ayat
Ayat-ayat yang gramatis ialah ayat yang lengkap dan sempurna, mengandungi paling kurang satu subjek dan satu predikat. Ayat yang begini dinamakan sebagai ayat dasar atau ayat inti. Ayat dasar ini boleh dikembangkan sehingga terbentuk ayat-ayat transformasi satu dasar. Bagi menghasilkan ayat-ayat yang gramatis penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan persoalan yang diungkapkan perlu diberi perhatian. Dalam penulisan yang baik, ayat-ayatnya terdiri daripada pelbagai jenis dan kepanjangan yang berbeza-beza. Ada ayat dasar, ayat majmuk dan ayat majmuk campuran.
Kata
Gunakan sesuatu perkataan hanya apabila perkataan itu perlu. Pembaziran perkataan merupakan kesilapan yang kerap berlaku. Jalinan fikiran yang logik harus dibuat secara bersepadu. Kesepaduannya dapat dilakukan dengan pemilihan kata-kata yang sesuai dan tepat. Sebaliknya, pemilihan perkataan yang tidak tepat akan menjadikan hasil tulisan tidak mempunyai kekuatan.
Penggunaan Ayat Gramatis dalam Karangan
Berikut merupakan beberapa frasa yang dianggap gramatis untuk digunakan dalam sesuatu karangan.