Penanda Wacana

Penanda Wacana


  • Murid juga harus memastikan bahawa terdapat kaitan antara satu ayat dengan ayat yang lain dalam perenggan agar keseluruhan perenggan yang ditulis menunjukkan tautan yang menarik.
  • Banyak penanda wacana yang dapat menjadi penyambung antara ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Lihat contoh jenis penanda wacana yang dikelompokkan berdasarkan tujuan atau fungsinya.


Tujuan / Fungsi

Kata hubung / Frasa Penghubung

Menghuraikan

Tambahan pula, kini, dalam hal ini

Menegaskan

Sesungguhnya, sebenarnya, yang paling utama

Menilai

Namun begitu, kecuali, tetapi, walau bagaimanapun

Memberikan contoh

Sebagai contohnya, misalnya

Membandingkan

Sebaliknya, sehubungan itu, selain itu, walau bagaimanapun, namun begitu, namun demikian

Menambah

Seterusnya, tambahan pula, sekali lagi, bertitik tolak

Mengakui

Jelaslah, akhirnya, walaupun

Menyatakan akibat

Sebagai akibatnya, jadi, oleh itu

Membuat turutan

Selepas itu, pertamanya, akhirnya, kemudian, lebih penting lagi

Maksud umum

Secara khususnya, dengan itu, lazimnya, selaras itu, umumnya

Merumuskan

Pendek kata, konklusinya, kesimpulannya, pada keseluruhannya, ringkasnya, tuntasnya, intihannya

Menyatakan masa

Dewasa ini, semenjak itu, sementara itu, sebelum itu, pada mulanya

I BUILT MY SITE FOR FREE USING