Perenggan Penutup

Perenggan Penutup

  1. Perenggan penutup merupakan penegasan atau pendirian murid terhadap topik yang dikemukakan dalam soalan. Oleh itu, janganlah memasukkan isi baharu dalam perenggan tersebut.
  2. Perenggan penutup hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan huraiannya haruslah ringkas, tepat, dan padat.
  3. Slogan, kata-kata hikmat, atau peribahasa yang berkaitan dengan kehendak soalan boleh dimuatkan dalam perenggan penutup untuk menjadikan perenggan penutup lebih menarik.
  4. Terdapat beberapa jenis penutup dalam karangan iaitu:


Jenis Penutup

Contoh

Ayat pendapat

Sememangnya, masalah pemanasan global meninggalkan kesan jangka panjang yang akan memusnahkan alam ini.

Ayat penutup

Konklusinya, dadah ialah musuh nombor satu negara yang mesti dibanteras hingga akar umbi.

Ayat cadangan

Intihanya, setiap lapisan masyarakat mestilah menanamkan sikap suka membaca dalam diri masing-masing demi melahirkan masyarakat saintifik dan progresif seiring dengan cabaran Wawasan 2020.

Peribahasa / Kata-kata Hikmah / Cogan Kata

Setiap penutup wacana, cogan kata, “ingatlah orang tersayang”, mestilah dijadikan panduan agar masalah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Ayat harapan

Jadi, kita mestilah bekerjasama bagai “aur dengan tebing” untuk memajukan negara tercinta ini.

Ayat kesimpulan umum

Konklusinya, masalah pencemaran alam yang berlaku di negara kita sebenarnya berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Ayat penilaian

Kesimpulannya, jika masalah penagihan dadah ini tidak dicegah lebih awal, sudah tentu lebih banyak kes penyalahgunaan najis dadah akan dilaporkan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING