Kaedah Pengolahan
Isi boleh dikembangkan atau diolah dengan menggunakan pelbagai teknik. Satu daripadanya menggunakan kata tanya:
- tentang implikasi atau kesan - contoh / bukti
Contoh Teknik Pengembangan / Pengolahan Isi
Soalan: Semangat kejiranan semakin pudar kini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Perenggan | Isi Perenggan Pertama |
Isi (Apa) | Budaya ziarah menziarahi semasa perayaan utama |
Huraian (Bila) | Berkunjung ke rumah jiran ketika mereka ditimpa musibah atau sakit |
Huraian (Mengapa) | Mengeratkan hubungan silaturahim Memudahkan kita untuk meminta bantuan |
Data / Statistik | Sekurang-kurangnya tiga kali setahun apabila ada perayaan |
Contoh | Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina atau Hari Deepavali |
Peribahasa | Ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa |
Kesimpulan | Jelaslah bahawa budaya ziarah-menziarahi ini dapat merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain agar perpaduan kaum dapat diwujudkan. |