08 May
Perenggan Isi

1. Perenggan isi merupakan aspek perkembangan dalam sesebuah karangan. Dalam bahagian ini, murid perlu menghuraikan kehendak soalan dengan jelas.

2. Perenggan isi haruslah disusun dengan baik mengikut keutamaan.

3. Setiap perenggan isi ini juga haruslah dimuatkan satu isi sahaja dan disertakan dengan huraian dan contoh-contoh relevan dengan isi. Ungkapan yang menarik seperti peribahasa atau kata-kata hikmat boleh juga disertakan.

4. Secara asasnya setiap perenggan isi mestilah mengandungi:

  1. Ayat topik: Isi / idea utama yang menjadi asas pembincangan dalam perenggan berkenaan.
  2. Ayat huraian: Ayat yang menjelaskan maksud dan menyokong kesesuaian isi / idea utama.
  3. Ayat contoh: Merupakan bukti atau fakta yang akan menyokong kebenaran isi / idea utama yang boleh  merupakan data, peristiwa, analogi, pendapat dan sebagainya.
  4. Ayat rumusan: Kesimpulan bagi perenggan isi berkenaan.


5. Elakkan daripada mencampuradukkan beberapa isi dalam satu perenggan.

6. Setiap perenggan yang dibina juga mempunyai pelbagai aspek persembahan. Antaranya ialah kaedah deduktif dan induktif


Kaedah Deduktif

 


Contoh

Soalan:

Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

 

(Ayat topik) Masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. (Ayat huraian 1) Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak. (Ayat huraian 2) Selain itu, ada juga ibu bapa yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak sekolah dan guru memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. (Ayat huraian 3) Pengabaian pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. (Ayat contoh) Remaja ini mungkin hidup dalam keadaan terumbang-ambing serta tidak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan mudah terpengaruh untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme dan gengsterisme. (Ayat rumusan) Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala sosial datang daripada institusi keluarga yang tidak menitikberatkan didikan agama.



Kaedah Induktif


Contoh

Soalan:

Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius.Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

 

(Ayat huraian 1) Masalah gejala sosial berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak. (Ayat huraian 2) Selain itu, ada juga ibu bapa yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak sekolah dan guru memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. (Ayat huraian 3) Pengabaian pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. akan menyebabkan remaja tidak mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. (Ayat contoh) Remaja ini mungkin hidup dalam keadaan terumbang-ambing serta tidak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan mudah terpengaruh untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme dan gengsterisme. (Ayat utama) Jelaslah bahawa, masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING